KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

Ayat pendinding dimasa tidur.

Siapa-siapa membaca Al Fatihah sekali,

tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidur,

kemudian ia membaca Qul-hu-allah-u-ahad 3kali,

Qul-a’u-zu-bi-rab-bil-falaq sekali dan

Qul-a’-u-zu-bi-rab-bin-nas sekali.

Terselamat ia dari segala kejahatan dan

mudharat,serta menjadi pendinding dari hantu

syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk

dalam masa ia tidur.

November 2, 2008 Posted by | Bina Diri, Pendidikan | Leave a comment

Untuk Kak Fatrah/anak-anak arwah along Hj. Samad.

Assalamulaikum,

Ah Lan Wa Sahlan Wal Marhaban kulaan sebarataan….

Saya dan adik beradik yang lain telah berusaha bertakun (bertanya) merata-rata mencari nama ibu kepada arwah abah. Kami telah bertanya kepada adik beradik arwah abah tetapi ramai yang tidak tahu. Ini timbul apabila kami ingin membuat carta salasilah keluarga. Semasa arwah abah/emak masih hidup kami lupa untuk bertanya nama atuk perempuan.

Cucu-cucu arwah Hj. Sadun mungkin ramai yang tidak mengenali anak-anak arwah along Hj. Samad. Arwah along Hj. Samad dan Hj. Sadun adalah dua beradik satu ayah/ibu anak kepada Hj. Asmawi dengan anak perempuan Datuk Penghulu Laksamana Hj, Saman. Arwah atuk perempuan meninggal semasa hj. Sadun masih kecil.

Arwah along Hj. Samad mempunyai ramai anak-anak yang berjaya. Mereka ramai yang terdiri dari kalangan guru-guru graduan universiti. Sebagai contohnya arwah abang Murad bekas pengetua Kolej Islam Kelang, Kak Halimah bekas pengetua Sek. Taayah Ipoh, dll..

Hj. Saman mempunyai beberapa orang anak perempuan seperti Hjh Munah (emak Harris Gas) dan Hjh Rahmah (atuk darat). Di katakan Hjh Rahmah seorang yang peruna (?) berkahwin/cerai  4 kali. Antara anak-anaknya ialah Hj. Jaafar (bapa kepada arwah Jali/Rahim) dan angah Hamid Ipoh.

Hj. Asmawi yang kematian isteri berkahwin dengan hjh Rahmah yang bercerai dengan suaminya (salin tikar). Mereka mempunyai beberapa orang anak, antaranya Alang Hj. Hussin tukang jahit, Anggah Acil (Hadri), Angah Aba, isteri Hj. Daman Selekoh (emak Saipol), Hjh Sapiah Selekoh, Busu Fatimah Sg. Besar.

Sekiranya Kak Fatrah atau kulaan yang lain tahu nama atuk perempuan sila respon artikel ini.

Wassalam

October 31, 2008 Posted by | Pendidikan, Uncategorized | 2 Comments

Jimat Petrol Dengan Ubat Gegat ??!!

 Memandangkan hari ini harga petrol yang tinggi disebabkan kenaikan harga minyak global dan faktor-faktor lain, maka bermacamlah cara dilakukan untuk penjimatan petrol yang optima. Antaranya menggunakan pil fuel saver. Nampaknya sekarang kereta pun ada pil tersendiri.. Kaedah ini memang terbukti berkesan tetapi harga pil itu juga mahal dan kalau dikira tolak campur.. pi mai pi mai tang tu jugak… still kena keluar duit.renault_dragonfly_wing.jpgOk.. sebenarnya ada satu cara istimewa yang diadaptasi daripada penggunaan pil penjimat petrol fuel saver tersebut… Mengikut kajian dan eksperimen oleh sekumpulan engineer syarikat automotive dan benda ni telah pon dibuktikan oleh mereka.. Iaitu kita boleh mengunakan UBAT GEGAT sebagai alternatif kepada penggunaan pil fuel saver. Ubat gegat yang dimaksudkan ialah yang berbentuk pil sebesar ibu jari tangan… yang kebiasaannya kita letak dalam almari atau laci untuk elakkan daripada serangga seperti lipas dan semut. Ubat gegat ini boleh didapati secara mudah dan murah dimana-mana.mothballs-754553.jpgCara-cara penggunaannya begini yang mesti diikut untuk kesan penjimaan yang optima, * Pergi mana-mana stesen minyak untuk mengisi petrol dan pastikan memilih jenis unleaded(tanpa plumbum) sahaja. * Sila buat isian sepenuh mungkin tangki minyak kereta anda.. sebabnya kita tidak mahu ada ruang udara dalam tangki minyak… cubaminimumkan atau kalau boleh tidak ada langsung ruang udara.. * Bila tangki sudah penuh dengan petrol, anda terus memasukkan 2 biji ubat gegat yang berbentuk pil tadi kedalam tangki minyak dan tutup dengan ketat secepat mungkin… tujuannya nak kurangkan tidakbalas dengan gas dalam udara. * Ok lepas itu anda boleh Dengan Ubat Gegat ??pandu macam biasa.. dan pastikan anda telah resetkan meter mileage anda kepada zero untuk anda melihat keajaiban hasilnya nanti. Cara ini telah terbukti berkesan menjimatkan 25%-30% pengunaan petrol oleh kereta anda dan tidak ada kesan sampingan langsung, malahan fungsi ubat gegat tadi adalah 99% sama dengan pil fuel saver yang dijual dipasaran..bezanya cuma bentuk fuel saver yang lebih kecil. Selamat mencuba.Sumber: Petua Warisan 

September 20, 2008 Posted by | Pendidikan | 7 Comments

Ahli KUMAS(AZAM KHALIL)terima ijazah diUTM Skudai

Hari ini 19hb august 2008,salah seorang ahli KUMAS telah menerima ijazah diUTM skudai Johor.KUMAS mengucapkan syabas dan tahniah dan diharapkan dapat menyumbangkan idea,tenaga dan fulus untuk meningkatkan KUMAS setanding dengan Pertubuhan lain.Untuk ahli KUMAS yang sudah ada ijazah atau diploma,begitu juga yang akan memiliki Ijazah atau diploma,bantulah ahli-ahli lain untuk meningkatkan taraf hidup.HIDUP KUMAS untuk kesejahteraan kulaan-kulaan KUMAS.Tak lupa juga tahniah kepada Acik ajes sebab anaknya iaitu Nurzafirah dan Nurfarzana berjaya melanjutkan pengajian di luar negara iaitu di INDIA dan RUSIA.

Brother PUCHONG

August 19, 2008 Posted by | Pendidikan | , , | 6 Comments