KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

BAGAN DATOH

Pekan kecil pinggir muara

menganjur tenang jauh ke Selat Melaka

sudah seabad berjasa melahirkan para mualim dan ulama

sejarahnya bermula di Pasang Api

mendaratkan peneroka Batu Bara

kerana seekor penyengat menggigit Tok Kelah

menerima petunjuk

membuka perkampungan terpencil

lalu ia dikenali Sungai Keling yang tidak rasi

bertukar Pekan Baru menjadi Bagan Datoh yang tersohor

Mitos ini tidak bermula di sini!

bukankah Beting Beras Basah menyangkutkan

bahtera Raja Muzaffar

lalu tidak membuang pedang Cura Simanja Kini

kecuali muatan diraja

nasihat pawang banginda menyelam ke dasar laut

tujuh hari tujuh malam

peliknya, sesudah itu bahtera bias belayar ke Ayer Mati

untuk agenda pertabalan.

Puaka beting ini sudah berusia empat ratus tahun

tidak terkaji akal manusia kenapa kadangkala ia tenggelam dalam lautan!

Bagan Datoh yang intim dengan lambaian dedaunan kelapa

telah bangkit dari alam tradisi mengapai impian

sempena seabad ini, projek multiringgit membenamkan

tebing yang kian retak

selut lumpur muara Sungai Bernam dan Sungai Perak

menjadi pelabuhan dagang dan bandaraya selat

menjunjung kehendak alaf baru, pemimpin besar

Dalam menjejaki denai alaf baru

kita perlu dirubah dan sanggup berubah

menjunjung akalbudi memartabatkan akarbaka

pedoman generasi seratus tahun nanti.

Jejak warisan seabad telah ditinggalkan

menyusur kini langkah modenisasi menuju kecemerlangan

mengolah beradaban dan ketamadunan madani

satu agenda besar “Bagan Datoh nombor satu”

ZABIDIN ISMAIL ‘97

November 15, 2008 Posted by | Bahasa, Sejarah | Leave a comment

RUANGAN BERBAHASA BANJAR.

Saya mencadangkan kita sekali-sekala cuba berbahasa BANJAR sesama ahli.Tapi macammana ye?Kalau ada idea komen sikit.

August 15, 2008 Posted by | Bahasa | 4 Comments