KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

Gusti Banjar dan Raja Muda Perak

Arwah abah pernah bercerita:

Suatu hari di zaman dahulu di kawasan Bagan Datoh. Penghulu kawasan Bagan Datoh mengadakan khenduri dirumahnya. Beliau menjemput Raja Muda Perak yang bersemayam di Teluk Intan dan penduduk tempatan menghadiri majlis tersebut. Dalam majlis tersebut, Raja Muda duduk ditempat yang tinggi dari orang ramai . Raja Muda merasa pening-pening dalam majlis tersebut. Baginda bertanya kepada Dato’ Penghulu supaya bertanya kepada rakyat jelata samada ada antara hadirin yang datang ada antaranya golongan kerabat diraja. Antara yang hadir terdapat seorang dari keturunan Gusti. Baginda menyuruh Dato’ Penghulu menjemput orang yang berketurunan Gusti tersebut duduk disebelahnya ditempat yang tinggi. Setelah itu barulah baginda Raja Muda berasa selesa (hilang rasa pening-pening).

Siapa kah mereka yang berketurunan Gusti. Cerita Gusti ni timbul apabila arwah abah membawa Abdul Rahman orang Parit Ahad (Simpang Tiga) ke Taiping kerana Abang Malik nak dirikan rumah di jalan Cator Avenue (Jln. Assam Kumbang). Arwah abah menyatakan terdapatnya kayu Cengal untuk rumah tersebut, terpaksalah membawa orang berketurunan Gusti. Arwah abah yang mahir tentang ilmu kitab Tajul Muluk memilih hari yang tertentu untuk mendirikan rumah tersebut. Bahkan imam masjid Simpang Tiga yang kematian isteri pun berjumpa arwah abah meminta melihat dan mengira kitab Tajul Muluk apabila hendak berkahwin semula.

Kerajaan Banjar di Banjarmasin Kalimantan Selatan adalah antara kawasan yang terakhir yang dapat ditakluk oleh Belanda di Indonesia. Apabila Kesultanan Banjar jatuh ketangan Belanda, maka mereka pun melarikan diri. Antara tempat yang mereka pergi adalah Malaya pada masa tersebut. Keturunan kerabat diraja Banjar di gelar Gusti. Terdapat beberapa keturunan Gusti Banjar di Bagan Datoh dan Sungai Besar. Majlis perkahwinan mereka ini juga seperti majlis perkahwinan di raja pada masa dahulu. Sekiranya orang lelaki kebiasaan yang berkahwin dengan perempuan berketurunan Gusti, mereka merasai badan yang kurang selesa (pening-pening) pada hari perkahwinan.

October 14, 2008 - Posted by | Sejarah

4 Comments »

  1. Terima kasih di atas artikel ini. saya sudah lama mencari cerita tentang ‘Gusti’ sbb abah saya pernah bagitau bahawa kami dari keturunan itu.

    Kerana itu, semasa perkahwinan saya pada 2005, saya mesti diusung (diangkat sambil diarak oleh pakcik) utk menyambut pengantin lelaki. Ia dilakukan kerana mengikut tradisi keluarga sebelah ayah saya. Jika tidak dilakukan, dikhuatiri sesuatu yg tidak diingini berlaku. (Saya terfikir adakah ia, ada ia kena mengena dengan majlis perkahwinan di raja pada masa dahulu?)

    Boleh ceritakan lebih lanjut atau ada tak rujukan berkaitan keturunan ‘Gusti’ ini?
    Terima kasih.

    Comment by ina | December 15, 2008 | Reply

  2. saya pn mencari keturunan gusti.sebelum arwah nenek sy meninggal,dia ada ckp dengan mak sy,dia dari keturunan gusti.

    Comment by azuzuddin | April 9, 2009 | Reply

  3. Saya amat ingin tahu lebih mendalam tentang sejarah banjar gusti……… Saya masih lagi belum dapat dengan jawapan yang lebih jelas lagi…tentang sejarah banjar gusti ini…..dengan segala harapan….boleh ke tuan mencari sejarah tentang banjar gusti ini……. Saya amat ingin tahu dengan lebih jelas dan lanjut
    0166223908 rashidi

    Comment by rashidi | February 26, 2013 | Reply

  4. sudah sekian lame ku mencari

    Comment by gusti salim bin gusti mat isa | April 2, 2013 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: