KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

BAGAN DATOH

Pekan kecil pinggir muara

menganjur tenang jauh ke Selat Melaka

sudah seabad berjasa melahirkan para mualim dan ulama

sejarahnya bermula di Pasang Api

mendaratkan peneroka Batu Bara

kerana seekor penyengat menggigit Tok Kelah

menerima petunjuk

membuka perkampungan terpencil

lalu ia dikenali Sungai Keling yang tidak rasi

bertukar Pekan Baru menjadi Bagan Datoh yang tersohor

Mitos ini tidak bermula di sini!

bukankah Beting Beras Basah menyangkutkan

bahtera Raja Muzaffar

lalu tidak membuang pedang Cura Simanja Kini

kecuali muatan diraja

nasihat pawang banginda menyelam ke dasar laut

tujuh hari tujuh malam

peliknya, sesudah itu bahtera bias belayar ke Ayer Mati

untuk agenda pertabalan.

Puaka beting ini sudah berusia empat ratus tahun

tidak terkaji akal manusia kenapa kadangkala ia tenggelam dalam lautan!

Bagan Datoh yang intim dengan lambaian dedaunan kelapa

telah bangkit dari alam tradisi mengapai impian

sempena seabad ini, projek multiringgit membenamkan

tebing yang kian retak

selut lumpur muara Sungai Bernam dan Sungai Perak

menjadi pelabuhan dagang dan bandaraya selat

menjunjung kehendak alaf baru, pemimpin besar

Dalam menjejaki denai alaf baru

kita perlu dirubah dan sanggup berubah

menjunjung akalbudi memartabatkan akarbaka

pedoman generasi seratus tahun nanti.

Jejak warisan seabad telah ditinggalkan

menyusur kini langkah modenisasi menuju kecemerlangan

mengolah beradaban dan ketamadunan madani

satu agenda besar “Bagan Datoh nombor satu”

ZABIDIN ISMAIL ‘97

November 15, 2008 Posted by | Bahasa, Sejarah | Leave a comment

BERMAIN BOWLING

Brother Puchong dan brother-brother KUMAS(Port kinrara) telah berjumpaan dan minum teh tarik kat rejab(port biasa),kami telah buat rancangan nak main bowling kat IOI MALL PUCHONG.A

Amacam kulaan-kulaan KUMAS yang lain ada berani nak main bowling? manalah tahu ada yang lebih power dan gaban dari shalin zulkifli,Bro Puchong minta pendapat dari kulaan-kulaan bila kita boleh main bowling!

Bro Puchong rasa  ini satu aktiviti yang menyihatkan dan menggembirakan hati.Bro Puchong harap Brother-Brother KINRARA,PUTRAJAYA,SHAH ALAM,BANDAR TASIK SELATAN,SEMENYIH,SG BESAR dapat join dan beri tarikh yang sesuai.

November 5, 2008 Posted by | Uncategorized | 1 Comment

Ayat pendinding dimasa tidur.

Siapa-siapa membaca Al Fatihah sekali,

tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidur,

kemudian ia membaca Qul-hu-allah-u-ahad 3kali,

Qul-a’u-zu-bi-rab-bil-falaq sekali dan

Qul-a’-u-zu-bi-rab-bin-nas sekali.

Terselamat ia dari segala kejahatan dan

mudharat,serta menjadi pendinding dari hantu

syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk

dalam masa ia tidur.

November 2, 2008 Posted by | Bina Diri, Pendidikan | Leave a comment