KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

Untuk Kak Fatrah/anak-anak arwah along Hj. Samad.

Assalamulaikum,

Ah Lan Wa Sahlan Wal Marhaban kulaan sebarataan….

Saya dan adik beradik yang lain telah berusaha bertakun (bertanya) merata-rata mencari nama ibu kepada arwah abah. Kami telah bertanya kepada adik beradik arwah abah tetapi ramai yang tidak tahu. Ini timbul apabila kami ingin membuat carta salasilah keluarga. Semasa arwah abah/emak masih hidup kami lupa untuk bertanya nama atuk perempuan.

Cucu-cucu arwah Hj. Sadun mungkin ramai yang tidak mengenali anak-anak arwah along Hj. Samad. Arwah along Hj. Samad dan Hj. Sadun adalah dua beradik satu ayah/ibu anak kepada Hj. Asmawi dengan anak perempuan Datuk Penghulu Laksamana Hj, Saman. Arwah atuk perempuan meninggal semasa hj. Sadun masih kecil.

Arwah along Hj. Samad mempunyai ramai anak-anak yang berjaya. Mereka ramai yang terdiri dari kalangan guru-guru graduan universiti. Sebagai contohnya arwah abang Murad bekas pengetua Kolej Islam Kelang, Kak Halimah bekas pengetua Sek. Taayah Ipoh, dll..

Hj. Saman mempunyai beberapa orang anak perempuan seperti Hjh Munah (emak Harris Gas) dan Hjh Rahmah (atuk darat). Di katakan Hjh Rahmah seorang yang peruna (?) berkahwin/cerai  4 kali. Antara anak-anaknya ialah Hj. Jaafar (bapa kepada arwah Jali/Rahim) dan angah Hamid Ipoh.

Hj. Asmawi yang kematian isteri berkahwin dengan hjh Rahmah yang bercerai dengan suaminya (salin tikar). Mereka mempunyai beberapa orang anak, antaranya Alang Hj. Hussin tukang jahit, Anggah Acil (Hadri), Angah Aba, isteri Hj. Daman Selekoh (emak Saipol), Hjh Sapiah Selekoh, Busu Fatimah Sg. Besar.

Sekiranya Kak Fatrah atau kulaan yang lain tahu nama atuk perempuan sila respon artikel ini.

Wassalam

October 31, 2008 - Posted by | Pendidikan, Uncategorized

2 Comments »

  1. Salam kulaan berataan…

    Ni siapa punya posting? kalau adik, Ajis ngan Dibah je.
    tak kira le… Mmg abah2 kita bedua je seibusebapa. Atuk bini tu seingatku, Hjh Salbiah namanya, adik kepada Hjh Rahmah kalau tak silapnya. Tu le ye kita, dah tidak de orang tuha, baru nak beiyaan mencari. Mcmana dengan kulaan belah Hj. Tamin? Parit darat tu nama moyang kita ke? Cuti bulan dua belas nanti nak balik dan masuk ke situ. Kami tidak pernah duduk kampung tu.
    Alhamdulillah ada orang muda yang semangat. Zaman ni nampaknya ginilah cara nak berjumpa yang mudah.
    Ibrahim, dpt email cik Wah? Alias, bila nak datang? Bgtau le…

    Comment by fatrah abd. samad | November 3, 2008 | Reply

  2. Salam…

    Syabas kepada kulaan yang telah mengetengahkan salah silah keluarga arwah ato’ ni…saya biasa mendengar nama Haji Hussin Tukang Jahit, Angah Achil, Atuk Darat..tapi x pernah tau apa connection between them dan abah….

    Diharap satu salah silah keluarga yang lengkap dapat disiapkan sebagai rujukan kepada kita dan generasi akan datang…Takkan Banjar Hilang Di Dunia…🙂

    Comment by hanizah | November 6, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: