KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

Fulus/sumbangan

Sebenarnya bab ini yang berat nak tulis,mengikut keputusan meeting Kulaan KUMAS puchong di RESTORAN REJAB,merumuskan perlunya ahli kumas yang bekerja pangkat cucu menyumbangkan RM20.Ini diambil
kira setelah kulaan KUMAS Puchong menelefon beberapa kulaan,mendapati mereka setuju sumbangkan RM20.Walaupun pada mulanya RM30,Majoriti Kulaan KUMAS berpendapat sumbangan ini adalah untuk membiayai perbelanjaan pada hari majlis kenduri arwah/tahlil/mesyuarat Tajaan KUMAS.Majoriti Kulaan KUMAS merumuskan Ahli kulaan KUMAS pangkat cucu patut mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan program KUMAS yang Pertama.Sekiranya ada cadangan atau bantahan berhubung perkara ini,sila beri komen.

August 12, 2008 Posted by | Kenduri, Organisasi | | 3 Comments

Meeting di Restoran Rejab 11/8/08.Pukul 9.30malam

  1. Berlangsung meeting tergempar kulaan Puchong membincangkan program-program pada hariraya ke 4(cadangan).Yang hadir Alias,Ibrahim,Hatta dan Edy.
  2. Cadangan Edy-Pendaftaran(maklumat peribadi)
  3. Cadangan Hatta-Sessi pengenalan Ahli KUMAS
  4. Cadangan Ibrahim-Sessi cadangan Ajk/setiausaha/presiden.(Jawatankuasa Penaja)
  5. Cadangan Alias-Ucaptama oleh Penaung/pengerusi.
  6. Cadangan Ibrahim-Sessi memajukan diri.
  7. -Ulasan oleh Pengerusi.
  8. Cadangan Alias-Matlamat penubuhan dan halatuju oleh Penaung.(Ucapan)
  9. Cadangan Edy-Tempah Banner.
  10. Cabutan bertuah.
  11. Aktiviti bermula seawal 8 pagi hingga 4 petang.
  12. Cadangan 8-9.30—–memasak untuk jamuan tengahari.(kenduri arwah/Tahlil)
  13. 9.45-12.30 tengahari-Ucapan oleh penaung/Ucapan oleh Pengerusi.
  14. kemukan cadangan dan nama Jawatankuasa Penaja(Sukarela)kepada Penaung.
  15. Sessi kemukakan pendapat oleh ahli KUMAS
  16. Sembahyang Zohor berjemaah.
  17. 1.45-2.45- Tahlil kenduri arwah.
  18. – makan/sembang-sembang Kulaan.
  19. 3.30 ptg – majlis bersurai.
  20.                Untuk Pengetahuan semua Kulaan perkara ini adalah yang dibincangkan semasa meeting kelmarin.Urusetia akan berbincang dengan Penaung/Pengerusi/Ahli KUMAS Pangkat Pakcik/Makcik untuk menentukan Jadual sebenarnya.

August 12, 2008 Posted by | Meeting, Organisasi | , | 8 Comments

Al fatihah

Sepatutnya kita sedekahkan Al fatihah kepada jungjungan kita Nabi Muhammad SAW, serta para sahabat baginda, muslimin muslimat, terutama kepada arwah kaum keluarga kita pada bila-bila masa kelapangan, minta di ampunkan dosa-dosa mereka, di masukkan meraka kedalam golongan orang-orang soleh/solehah: Al fatihah

Allahyarham Hj. Ahmad hj. Asmawi & Hjh. Salbiah hj. Abdul Hamid

anak-anak: Hj. Othman Hj. Ahmad & Zaleha hj. Ahmad

menantu: Fatimah bt. Musa, Rofeiah bt. hj. Arshad, Maznah bt. Adnan, Ruslan bin Ahmad

cucu: Nur Adina bt. Ahmad Fuad, Muhammad Irham b. Ahmad Fuad.

Sekiranya ada kesilapan nama…. sila perbetulkan .

August 12, 2008 Posted by | ukhrawi | | Leave a comment