KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

BETING BERAS BASAH.

Ada ke kulaan yang hendak merasa pergi ke Beting Beras Basah?

Acik sendiri belum pernah sampai kesana. Acik mungkin terpaksa pergi ke sana dalam masa seminggu dua ini. Ini kerana ada kawan di Matang Kunda, Bagan Datoh, yang sakit 6 bulan, sekarang dah pulih mengajak acik kesana atas urusan perubatan.

Walaupun kita orang Bagan Datoh, rasanya tidak ramai yang pernah sampai kesana dan tahu cerita mengenai Beting Beras Basah. Sultan Perak yang pertama adalah keturunan Sultan Melaka yang melarikan diri ke Sumatra apabila Melaka di takluki oleh Portugis. Selepas menetap beberapa waktu di Sumatra mereka pulang semula ke Tanah Melayu. Kapal diraja yang membawa kerabat di raja tersangkut di Beting Beras Basah di Muara Sungai Perak (Muara sungai luar kawasan Bagan Datoh).

Kapal diraja tersebut hanya dapat melepaskan diri dari tersangkut di beting tersebut setelah beberapa perkara dilakukan. Setiap kali Sultan Perak yang baru bakal ditabalkan baginda terpaksa berakit ke hilir dari Kuala Kangsar sehingga ke Beting Beras Basah untuk di tabalkan sebagai Sultan Perak. Ada yang menyatakan Sultan Perak akan menyelam dan berjumpa dengan jin kerajaan negeri Perak dan berbincang  mengenai pentadbiran negeri Perak. Ada pendapat pula menyatakan Sultan Perak hanya perlu mencecahkan kaki baginda di beting sahaja.

Rujuk tulisan sajak :Zabidin Ismail

Dikatakan ada banyak kepah di beting tersebut. Kalau ada yang teringin nak mencari kepah kita boleh kesana.

Tetapi ada banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa disana.

Kami berpendapat sebelum datuk nenek kita sampai ke Bagan Datoh dari Banjarmasin, Kalimatan, mereka singgah dahulu di Pulau Sembilan dan Beting Beras Basah. Dari sana mereka mendarat di Teluk Menikam atau Pasang Api. Selepas itu baru lah mereka membuka tanah (perkampungan baru) di Matang Kunda. Diharap anak cucu keturunan Datok Penghulu Laksamana Hj. Saman ada yang membuat kajian tentang sejarah ini.

Wallahhu a’lam

December 4, 2008 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: