KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

Koleksi cerita lawak ( gegellll kn usus perut…. )

Salam Kulaan Sabaratan,

oklah bg menamatkn mood raya…… apa kata kt menggegelkan usus perut kita dgn koleksi lawak…..

mengikut kajian di US… gelak merupakan salah satu terapi yang bagus diamalkan bagi mengelakkan stressss….. tapi mengikut islam gelak perlulah ada batas n sempadannya…

situasi pertama:

Kisah Pak Pandir

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
“Bentuk macam taik.”

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
“Lembik…macam taik.”

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
“Bau macam taik.”

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…
“MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!”

situasi kedua:

Jelingan ayah…

Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang ‘konon’nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam

situasi ketiga:

Kisah Kasih Suami Pada Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, “Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu.” Pak Mat menjawab, “sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu.”

” Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh……”

situasi keempat:

Paling Bersih

Sepasang suami istri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik : “Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?”

Lelaki : “Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini.”

Pemilik : “Dapur yang paling bersih?… Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?”

Lelaki : “Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun.”

situasi kelima:

Perasaan Pakcik Jer

Salah sebuah sekolah menengah dari Kemaman membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya.

Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu.

“Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni…” pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya.

“Nak buang air besar…..? Hishhh.., perasaan awak sahaja tu!!” sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain.

“Betul Pak Cik…, saya memang betul-betul sakit perut ni” rayu murid itu.

“Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik” balas pemandu itu tersengeh-sengeh l antas menepuk-nepuk bahu murid itu.

“Tolonglah Pak Cik…..” rayu murid itu terus.

“Beginilah…, awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu…..”

Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi. Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi.

“Eh…, awak berak ke? Busuknya…???”

Murid itu pula dengan selamba menjawab. ” Hisshhh…, Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa pun….!!!””

Note: Susah² saja…”

cukup setakat nie saje……

sape2 kulaan yg nak tmbah blh masuk kat komen….

mari gegelkan usus perut……

kesimpulannya:   lu pikirla sendiri…….

October 20, 2008 - Posted by | Uncategorized |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: