KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

Apa Khoo Kay Kim kata tentang Orang Banjar

Dalam setiap Perhimpunan Agung Umno sibuk menyatakan tentang ketuanan Melayu. Berbagai isu perjuangan tentang Melayu di suarakan. Beberapa isu yang selalu diutarakan ialah tentang Dasar Ekonomi Baru dan peristiwa 13 Mei.

Dalam satu temu-ramah Mingguan Malaysia dengan Prof. Emeritius Dato’ Dr. Khoo Kay Kim  (selepas perhimpunan agung Umno, lebih kurang 2 tahun lepas) satu muka surat penoh, tentang perkauman di Malaysia beliau menyatakan pergaduhan kaum di Malaysia bukanlah antara Cina dan Melayu. Beliau menyatakan pergaduhan kaum adalah antara kaum Cina dan orang Banjar.

Beliau merujuk kepada peristiwa dalam zaman Darurat / zaman Kominis bermaharajalela (Emergency), 13 Mei, dan peristiwa Kampung Medan. Semasa zaman Darurat dan peristiwa 13 Mei, orang-orang Banjar Sungai Manik dan Batu Pahat banyak memainkan peranan. Antara nama yang mashor adalah Kiyai Salleh dari Batu Pahat.

Dalam tahun 60’an dan 70’an ramai orang-orang Banjar Bagan Datoh dan Sg. Manik yang berhijrah ke Kuala Lumpur tinggal dikawasan Kampung Medan, Batu 8, Jalan Kelang Lama. Antara Taiko(hero) Banjar Bagan Datoh yang tinggal di Kg Medan adalah Mail Lompak dan Ahmad Panjang (digeruni oleh gangster-gangster sekitar Petaling Jaya).

artikel dibawah ini dari syarikat anak Ust. Amin Padang Tembak, Teluk Intan.(Cucu Ust. Hj. Mohd Noor abang kepada atuk perempuan)

http://www.aspati.com.my/kulaan/articles.php

Berani dan pemanas

Salahsatu sifat yang agak ketara terdapat dalam masyarakat Banjar ialah bersifat berani dan pemanas. Masyarakat ini pantang dicabar dan bersifat panas baran. Penggunaan senjata seperti pisau (biasanya disebut lading), parang panjang atau badik (sejenis pisau juga), tidak asing lagi bagi mereka terutama ketika berlaku pergaduhan. Dipercayai juga setiap keluarga orang Banjar pasti menyimpan sebilah parang panjang di rumah masing-masing untuk menjaga keselamatan mereka. Orang Banjar sering dianggap sebagai masyarakat yang gemar bergaduh oleh masyarakat lain.

Sebenarnya, sifat ini telah timbul secara turun temurun semenjak mereka menetap di Tanah Banjar lagi. Keadaan alam sekeliling di Tanah Banjar yang penuh dengan hutan belukar dan binatang buas menjadikan mereka sentiasa berhadapan dengan cabaran dan
halangan dalam meneruskan kehidupan mereka. Orang-orang yang berniaga pula sering berhadapan dengan lanun dan perompak memerlukan mereka sentiasa bertenaga dan bersedia untuk bertarung dengan pihak musuh.

Perkara ini juga telah menyebabkan mereka suka menuntut ilmu-ilmu persilatan daripada pendekar-pendekar tempatan mahupun luar. Keadaan ini terbawa-bawa dan akhirnya telah menjadi sifat dan perangai mereka sehingga sekarang walaupun semakin berkurangan. Ciri-ciri ini jugalah yang sebenarnya menjadi penyebab kepada pergaduhan yang telah timbul di kawasan petempatan orang Banjar seperti di Sungai Manik, Teluk Intan, Perak pada tahun 1940an dan 1960an mahupun di Batu Pahat, Johor pada 13 Mei 1969, atas gabungan sifat mereka yang kuat pegangan agama dan berani serta pemanas.

 

October 14, 2008 - Posted by | Persoalan

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: