KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

Laporan Majlis Raya KUMAS

       Selesai jugak majlis kita Sabtu lepas. Yelah, mungkin majlis kita perlu penambahbaikan, kita pun dah nampak beberapa perkara. Estimate lebih kurang ~105 org datang( campur jemputan luar). OK la tu. Masa kita planning dulu, kalau semua anak cucu KUMAS datang, sepatutnya ~124 orang datang.

Secara peribadi, saya rasa, kulaan semua sudah nampak konsep Hari Keluarga kita, so mungkin Fund Raising( Minta sumbangan) untuk majlis tahun depan akan lebih mudah, dan lebih kerjasama dari berbagai segi.

Bersambung…………Komen secara amnya, adalah baik. Kita rujuk satu persatu. Persiapan memasak: sepatutnya masak dan persiapan masak di Rumah Kedai Che Siah, tapi atas sebab tertentu, aktiviti ni dibuat di rumah Che Asmah, tapi alhamdullilah semua OK, walau pun ada sedikit cabaran sana sini.

Sebelum tu, pagi Jumaat, beli barang di TF, (duit x cukup, tambah sendiri), ingat lepas tu boleh terus operasi dekat Kedai Che Siah, tapi kita teruskan di rumah Che Asmah.

Esoknya Sabtu, jadual asal majlis rasmi start pada 11pg, untuk Majlis Yassin & Tahlil, tapi ramai jempuitan luar tak datang, nasib baik Hj Dolah datang, kira OK la tu , ada orang alim lead. Angah Alek lead untuk Yassin, dan lepas Hj Dolah datang dia lead Tahlil.

Acara bacaan sajak dan puisi banjar. Ini takde dalam jadual asal, tapi atas permintaan Angah-Angah, kita terus jugak, ok la tu, dapat juga mencungkil bakat. Semua yg baca sajak banjar dapat hamper, rugi la yang tak baca, tak dapat (termasuk la aku). Rasanya kalau yang baca sajak tu Angah-angah, semua faham, tapi kalau budak2 yang baca, ya Allah, dengan hadirin, dengan dia2 sendiri yg baca pun tak faham. It was fun actually.

Ucapan AJK KUMAS. Angah Alek(Penaung), Angah Bahak(Penasihat), bagi ucapan yang menarik, banyak perkara disentuh, terutama sejarah keluarga, dan mungkin yang paling menarik kisah hidup perjuangan bisnes Atuk Hj Saadun. Bagi Working Commitee, Alias(Presiden) je yang semat berucap pasal kitorang tgk masa mugkin tak sempat.

Sesi Perkenalan diri. Kita plan semua orang, tak kira tua muda. Tapi yang rata-rata yang perkenal diri ialah mereka yang berumur 20 keatas dan jugak perkenalkan ahli keluarga, nama, kerja mana. Yang lucu dan menariknya, Cik Ijah( Hjh Samsiah, mak Rusdi), ingat kan sebelum ni jenis yang tak banyak cakap, sekali kita bagi mikrofon,  banyak idea/sejarah/luahan yg kita dengar. Siap promosi lagi. Ini yang lama ni, ramai Angah2 yang ambil peluang ini untuk bercakap panjang, menyingkap sejarah, dan bagi semangat untuk kulaan taraf cucu berusaha maju seperti Atuk Saadun.

Tak sempat la kita Urusetia nak explain pasal hal lain yang kita ingat nak propose kat kulaan semua macam; insurans, collection duit, dan adalah dua tiga benda yang berkaitan ekonomi sikit. Bagi yg tak datang, kita prepare Hamper untuk cabutan bertuah. Total Hamper ada 14unit. 4 untuk sajak, 12 untuk cabutan bertuah. Aiskrim, walaupun ada yg kata tak berapa kualiti, habis licin.

Sesi Bergambar. Kta buat 2 sesi, lelaki & perempuan. Ok la tu, redup bawah khemah, dengan backdrop banner KUMAS. Ada jugak yang balik awal, tak sempat bergambar.

Secara jelas disini, kadar kehadiran 81.5%. Bagi tepukan la sikit untuk Urusetia KUMAS.Tahun depan we promise a Grander, Bigger, and more Merrier event. Tapi bersyarat, itupun kalau kutipan sumbangan masyuk, lagi ramai menyumbang, dan lebih banyak sumbangan. Program kita tak terhenti di sini, tunggu kan lebih banyak program yang bermaltlamat merapatkan ukhwah dikalangan Kulaan, kita ada plan banyak, bak kata tuk wan astro, MACAM-MACAM ADA.

Sekian. S/U

October 8, 2008 - Posted by | Organisasi, Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: