KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

Leverage untuk Kumas

1.JPGالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته Memandangkan saya lebih petah menulis daripada berkata2, so rasanya kena jugak ambil risiko ini. Apabila berkata tentang insuran; ramai akan teringat akan perlindungan yang ditawarkan apabila kita menyertainya. Kita terbayang duit yang berkepuk2 jika kita ditimpa musibah. Sungguhpun begitu kita tak terfikir ke, dari mana pihak syarikat insuran tu dapat duit yang banyak utk bayar individu yang dilindunginya itu? Jika kita perhati, pemilik syarikat insuran atau syarikat unit pelaburan telah menggajikan ribuan pekerja sama ada tetap mahupun sambilan utk menjual produk mereka. Sememangnya imbuhan yang ditawarkan ada yang mencecah 5-6 angka sebulan. Namun kekayaan sebenar tetap dimiliki oleh pemilik syarikat tersebut, yang mengamalkan konsep leverage dlm perniagaan mereka.

Justeru apakah itu leverage? Leverage adalah berasal daripada perkataan “lever”. Tak arif apa namanya dlm bahasa melayu. Therefore I’m stick with the word leverage. Dlm wikipedia leverage didefinisikan sebagai: In physics, a lever is a rigid object that is used with an appropriate fulcrum or pivot point to multiply the mechanical force that can be applied to another object.Saya tak berniat menghuraikan dari persepsi fizik, oleh itu leverage… kalau cakap biasa2nya: ada satu beban yang amat berat, kemudian kita amik satu kayu/batang besi dan seterusnya kita cuba umpilnya dgn alas satu objek keras seperti batu dll. Sememangnya ia adalah lebih senang dan mudah, berbanding jika kita cuba utk mengangkatnya tanpa menggunakan apa2 alatan.Pendek kata dgn sedikit tenaga sahaja, kita dapat mengangkat beban yang berat.

Dgn kata lain, leverage adalah satu alat (tools) utk kita memudah serta meringankan tugas seharian. Konsep leverage sebenarnya banyak digunapakai bukan sahaja dlm kes mengangkat barang berat seperti contoh diatas, tetapi juga dlm pemasaran, pengurusan masa, kewangan (seperti insuran diatas tadi), pelaburan dan banyak lagi.

Contoh dlm aspek membuatan; andaikata kita ni meniaga cucur kodok… dlm satu hari kita berupaya utk membuat dlm 400 biji. Jika kita menggajikan 2 pekerja dan kita melatih mereka utk berkemahiran seperti kita, maka kita akan dapat 2 pekerja yang terlatih utk membuat 400 biji cucur kodok setiap hari seorang. Oleh itu, sama ada kita hadir bekerja ataupun mengular kat kedai kopi; kita dah ada minima 800 cucur kodok setiap hari. Perumpamaan yang lain. Andaikata kita ada RM200k, kita boley beli cash kereta Mistubishi Evo IV. Kita pun bergaya sakan la. Broomm sana… broom sini! Yea la… tak ramai yang mampu berkenderaan sebegitu. Lepas 5 tahun, jika tak ada kerosakan teruk ataupun tak pernah accident, nilainya mungkin menyusut separuh (atau lebih rendah lagi).

investment-property.jpgJika kita pandai sikit, duit tu kita beli cash sebuah rumah. Lepas 25 tahun nilainya mungkin sudah jadi RM500k. Tapi jika kita lebih bijak, duit tu kita laburkan utk beli 5 biji; yang mana kita bayar RM40k downpayment utk sebuah. Cari penyewa utk cover setiap bulan. Lepas tempoh 25 tahun, asset kita sudah jadi RM2.5 juta. Wah… jadi jutawan kita! Mungkin secara sedar atau tidak, ada diantara kita telah lama terbabit dgn leverage ni. Buktinya ada kulaan kita yang main kutu setiap bulan. Setiap bulan duit tu dirotate dan peserta akan menerima mengikut giliran. Namun, leverage juga sama macam hikmat Rock Lee- Ura Renge; dlm filem aminasi Naruto. Ia bersifat double edge sword. Kalau tak pandai kawal, boleh makan diri. Kenapa saya berkata begitu? Kita lihat balik contoh beli rumah tadi. Kita dah laburkan RM200k utk beli 5 buah rumah. Andaikata pemaju bankrupt, rumah tak siap dan kita terpaksa bayar hutang bank. Ataupun tengah main kutu… sorang sedara kita lari bawak duit tu. Atau mungkin kita ada hutang RM3k creditcard, setiap bulan bayar minima je… dgn interest 18% setahun, dari hutang cuma RM3k… banyak kena cover tu! Bak kata member saya suhardi; seperti lagu Salih Yacob, gali gali gali gali gali gali lubang, lubang digali menggali lubang, untuk menutup lubang .

Dah panjang lebar menulis… mesti ada yang bertanya, apa kena mengena dgn Kumas ni? Itu hari ada kulaan kita yang berkata, “mana ada modal nak buat itu dan ini?”. Maka di sinilah gunanya leverage itu. Dlm pertemuan kedua antara saya dgn Bro Alias dan Azam tempoh hari di skudai, saya ada mencadangkan agar kita kutip RM5 seorg setiap bulan. Memang mula2 nak cadangkan jumlah yang lebih tinggi, tapi fikir2 balik… tak mahu menjadi beban. Lantaran ada diantara kita mempunyai tanggungan yang tinggi. So saya cadangkan RM5 je. Lagipun daripada tak ada langsung, bagus ada walaupun sedikit. Tetapi tak tahulah, kalau dapat lebih tinggi lebih baik (depand on raya ke-4 nanti). Jika kita kutip RM5/bln… dgn ahli 50 orang; kita sudah ada RM3k setahun (contoh). Kita boleh menabung dan laburkan ke mana2 institusi yang sesuai.

Bila sudah ada jumlah yang cukup, kita boleh mulakan projek utk jana income, khususnya passive income. Sebahagian daripada jumlah kutipan itu boleh buat satu tabung kecemasan yang ala2 insuran berkelompok.. Contohnya ada diantara kita yang ditimpa musibah, bolehlah kita ringankan sedikit bebannya. Daripada kita mengkayakan syarikat insuran yang ownernya kita pun tak kenal, bagus kita buat sendiri (tapi andaikata kita ada polisi yang beratus2 ribu tuh, carry on la. takkan la Kumas nak tanggung!). Sungguhpun begitu kita buat underground je la. Sebab kalau terang2… kang Bank Negara banyak soal plak sebab kutip duit tanpa permit. Rasanya perlu kita buat satu tabung sekurang2nya.

Sememangnya bab duit ini sensitive, oleh yang demikian apa yang saya melalut panjang lebar kat atas sebenarnya utk mencadangkan agar kita adakan usaha ini. Tak mahulah nanti disalah ertikan oleh kulaan yang lain. Tak kira la, sebulan RM5 ke, RM8 ke… RM12 ke, Insyaallah ia akan jadi satu leverage utk kita terus maju dan mapan utk menghadapi cabaran yang mendatang. Adakah anda sanggup menyahutnya?

Wallahu’alam.
-dZmalik

September 24, 2008 - Posted by | Bisnes, Pembangunan | , ,

7 Comments »

  1. cadangan yang bagus….

    hujah2 yang berasa….

    diharap agar ahli kumas yg lain pikir2kn idea ini…

    dah terbukti bagus….

    syarikat insuran yang pakai bisnes brbillion2 tu…

    Comment by azam | September 25, 2008 | Reply

  2. Bro puchong setuju dengan cadangan ko zamin,mungkin permulaan tak ramai yang masuk,kena yakinkan kulaan-kulaan.Kena kerja’ bijak lebih sikit’ untuk menrealisasikan dan menyakinkan bahawa cadangan ini bawa kebaikan pada semua kulaan.

    Comment by Bro Puchong | September 25, 2008 | Reply

  3. terus terang la, ckp mmg la senang. tapi… kalo tak dimulakan, sampai bila2 la kita tak tau limit kita. betul tak? harap kulaan lain jgn terkejut… andaikata tak boley full swing, buat sikit2 pun tak apa… janji bergerak. kayuh pelan2 kata org…

    Comment by dZ | September 26, 2008 | Reply

  4. Salam,

    pada saya, apa2 yg berkaitan kewangan ni, perlu fikr long term, kalau short term nak hasil , biasanya tak ke mana… aku rasa bab2 duit ni, ramai kulaan akan “tunggu dan lihat”, bila dah laju baru nak join. So, utk protect interest kita yg dari mula ni, kita bubuh dlm separate fund… kalau blh ini permulaan yang bpanjangan…

    Comment by ib | September 26, 2008 | Reply

  5. short term ada, fcpo (future crude palm oil)…. salah satu diantaranya. tapi, kebiasaannya org yg makan gaji tak akan masuk, sebab short term investment biasanya highly risk. boleh untung berlipan ganda & boley rugi dlm sekelip mata je.

    Comment by dZ | September 27, 2008 | Reply

  6. sy setuju buat separate fund. so boleh fokus & senang utk urus. lagipun, citarasa masing2 lain. cuma kekangannya, lagi byk option… lagi banyak tenaga kerja yg kena sumbangkan tenaga. tu je la.

    Comment by dZ | September 27, 2008 | Reply

  7. Insyaallah,kalau pioneer bergabung semua boleh jadi.Apapun
    kita kena mulakan dulu,maksud aku mungkin kau,aku,ib,azam,hatta dan yang sekepala dengan kita.

    Comment by Brother puchong | September 29, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: