KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

Pengalaman di stesen minyak Shell Spg. 4

Ramai anak cucu arwah Hj. Ahmad Sadun yang membantu beliau dalam urusan perniagaan seharian. Terutama anak-anak allahyarham Hj. Othman (Abang Man) seperti Mariah, Nizam, Azman, Alias, dll. Mereka tentu mempunyai berbagai kenangan pahit dan manis semasa tinggal di Simpang Empat.

Acik tidak ketingaalan terpaksa membantu sebab kadang-kadang ada pekerja yang cuti dan pada hari-hari yang sebok. Tidak kira samada Hari Raya, Hari Merdeka, hari cuti Sabtu & Ahad tu biasalah berada di stesen minyak. Dari tahun 1969, 10 hb. Mei hari mengundi (pilihanraya) acik dalam darjah 4 masa tu, adalah hari pertama acik mengepam minyak. Sehingga lah acik masuk ITM 1979-82, masih lagi  mengepam minyak sekiranya balik cuti semester. Walaupun selepas ITM acik bekerja di Goodyear Tire Shah Alam (1982-85) kalau ada cuti masih lagi ke Simpang 4. membantu sebelum pergi ke U.S.A. Di US juga acik masih bekerja part time di stesen minyak Mobil pada waktu malam. (12 mlm. – 8 pagi.)

Kadang-kadang memberontak (mogok) juga, dengan memberi berbagai alasan seperti hari tu hari raya. Kadang-kadang acik “peragahan guring”, tetapi arwah Abah tetap sabar menunggu acik dibawah rumah. Terpaksalah arwah Uma’ memujuk acik bersiap untuk membantu arwah Abah. Satu hari selepas pepereksaan LCE (PMR sekarang, ting. 3) arwah Abah, meminta acik membantu ke Spg. 4 sebab ada orang cuti. Selepas mengisi minyak sebuah kereta, acik pun memereksa minyak hitam dan air enjin kereta tersebut. Tiba-tiba sahaja apabila dibuka radiator cap, air panas menyembur keluar. Habis satu muka acik kena air panas. Mengelupas kulit muka dibuatnya. Ubatnya hanyalah ubat gigi Colgate yang disapu ke muka. Oleh kerana tidak tertahan dengan kepedihan, terpaksalah arwah Abang Man bawa ke Klinik Appu di Teluk Intan. Terpaksalah acik bertapa dirumah selama dua minggu, walaupun sekolah belum cuti lagi.

Apabila acik balik ke Malaysia pada penghujung tahun 1994, sebab anak yang tua nak bersekolah darjah satu, acik dapati stesen minyak Shell tersebut telah jatoh ketangan orang lain. Acik berasa sungguh sedih. Acik tertanya-tanya juga, kenapa tiada siapa yang mempertahankan stesen minyak tersebut? Kenapa barang yang berada didalam tangan kita boleh terjatuh ketangan orang? Acik terfikir juga, sekiranya acik tak ke US, bekerja di Malaysia sahaja, acik pun mungkin tak boleh mengendalikan stesen minyak tersebut. Umumnya 11 orang anak arwah Hj. Ahmad Sadun bukanlah orang berniaga atau usahawan. Kebanyakannya adalah bekerja makan gaji, dari aliran Arts (Sastera) pakar dalam bidang Sejarah.

Kenapa sehingga kini acik masih tinggal di kampung dan memperjuangkan untuk mendapatkan semula stesen minyak tersebut? Banyak sebab-sebabnya. Anda semuanya pun tahu kenapa. Pertama-tamanya maruah keluarga (kulaan). Kulaan Bagan Datuk berkata ” …Tuhuk kawitan mancari harta, anak-cucu kada mahirani…” . Bermaksud bersusah payah orang tua mencari harta tetapi anak-cucu tidak memperdulikannya. Banyak lagi cerita-cerita yang kedengaran tentang keluarga kita. ” Manitis banyu mata kuk, akuk manganangkan kayapa tuhuknya kawitanmu maulah pam minyak tu, wayah ini diambil urang ” Ujar Hj Dollah bekas bilal/imam surau/masjid Spg. 4. apabila acik mengenalkan diri acik kepada Hj. Dollah (orang kampung Spg. 3) di surau JKR Spg. 4 dalam tahun 1995.  Bermaksud ” menitis air mata ku mengenangkan betapa susahnya orang tua kamu mendirikan stesen minyak, tetapi kini diambil oleh orang lain.” Berapa orang kah anak-cucu beliau yang mengambil kisah untuk memperjuangkan mendapatkan semula stesen tersebut ? Adakah kita sanggup mengkorbankan masa, fikiran, tenaga, pekerjaan dan wang ringgit untuk mendapatkan semula stesen tersebut?

Berbekalkan pengalaman belajar dan bekerja di Amerika selama hampir 10 tahun, acik berjuang untuk mendapatkan semula stesen tersebut. Kekuatan mental dan fizikal ini mungkin tidak terdapat pada anak-cucu yang lain. Namun, mungkin ada hikmahnya kenapa tuhan masih belum memperkenan doa dan perjuangan ini.  Sehingga kini kes mahkamah masih belum dapat diselesaikan. Duit sewa tapak masih belum kita ambil dari tahun 1989 hinggalah sekarang. InsyaAllah jika ada umur panjang dan ada rezeki pada penghujung tahun 2010 stesen tersebut akan diserahkan kepada kita semula.

Berdoalah kita semua semoga kita berjaya dalam kes menyaman pihak syarikat Shell. Dan bersedekah Al fatihah kepada kulaan kita yang telah pergi meninggalkan kita.

A’min, Yarabbal a’lamin.

 

September 1, 2008 - Posted by | Sejarah

4 Comments »

  1. A’kum kulaan semua,Bro puchong mempunyai pengalaman lucu semasa menolong ARWAH ATOK dan ARWAH ABAH pam minyak dulu ….masa kecil..BRO masa sekolah rendah,adalah seorang pemain bolasepak SRKJ sg sumun,apa yang terjadi semasa BRO main final U12 HILIR PERAK,seorang pekerja SHELL telah memanggil BRO pulang segera ke SHELL untuk tolong ARWAH ATOK DAN ARWAH ABAH isi minyak.So masa tu bro terkejut.memang pada masa bro kecil2,kami adik beradik selalu tolong ARWAH ATOK dan ARWAH ABAH.Terasa sayu bila teringat ARWAH ATOK dan ARWAH ABAH.Alfatihah buat SEMUA KULAAN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.

    Comment by AO | September 2, 2008 | Reply

  2. Salam Che Ajis,

    Satu lagi artikel “wake-up call” dari che ajis. berbaloi kita bg clearance/password.

    ” ……Tuhuk kawitan mancari harta, anak-cucu kada mahirani……”
    – secara peribadi saya setuju.. tapi dari pengalaman/pendapat saya yg masih hijau ni, apa2 pun dlm hidup ni, benda yag kita bersusah payah merancang/mdapat/mengoperasi, kita lebih hargai… dari benda kita dpt free.

    maaf saya ckp, mgkin masa tu pentadbir bisnes, tiada wawasan utk improve/expand. sekadar berpuas hati dgn apa yg ada. mgkin la… masa dulu dgn cashflow yg agak besar dr shell, mcm2 biz boleh buat, sekadar berkata2… MGKIN BOLEH ..

    Comment by ib | September 4, 2008 | Reply

  3. er… boleh terjemahkan ” ……Tuhuk kawitan mancari harta, anak-cucu kada mahirani……”. maap, kurang berpelajaran la.

    tertarik ngan kata2 nie:
    “maaf saya ckp, mgkin masa tu pentadbir bisnes, tiada wawasan utk improve/expand. sekadar berpuas hati dgn apa yg ada. mgkin la… masa dulu dgn cashflow yg agak besar dr shell, mcm2 biz boleh buat, sekadar berkata2… MGKIN BOLEH ..”

    actually tak terlambat la… selagi nyawa belum sampai ke halkum, Insyaallah selagi itulah boleh berubah. timba ilmu secukupnya, cekal, Istiqamah seterusnya bertawakkal. Insyaallah boleh pergi jauh.

    saya nak kongsi ceta skt, sekadar nak beri idea. kat bandar putra (kulaijaya) ada stesen minyak caltex. actually kebanyakan comp minyak suka single owner; sebab kalau jatuh diorg boley saman cukup2. tapi business biasa la, boley buat “under taken agreement”. apa nak dicakapkan kat sini, salah seorg owner (gelap) adalah seorg yg masih budak lagi… umur baru nak cecah 20an. nak tau apa yg dia buat? dia apply card credit (cc), 4-5 keping… & semua cc nie limitnya RM50k. so ngan duit dr cc nie… dia kongsi ngan member utk uruskan stesen myk caltex.

    frankly saya tak suggestkan cara nie… sebab berhutang cc, kalau kurang ilmu… kurang disiplin diri; silap2 boley makan diri. tapi yea la… masing2 ada cara tersendiri. saya pun, sebab pikirkan anak bini je… kalau tak, dah buat cara tuh! hehhe…

    Comment by dZ | September 5, 2008 | Reply

  4. oh…sorry, tak baca article atas ngan abih. dah tau apa maknanya.

    Comment by dZ | September 5, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: