KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

“Handap Galah Hingkat dihubung, Handap Pikiran Kada Hingkat dihubung” ujar kawitan

“Pendeknya galah (buluh) boleh disambung, pendeknya fikiran (akal) tak dapat disambung”: kata (pesanan)  orang tua (ibu/bapa).

Arwah atuk anda selalu mengingatkan anak cucu nya agar berfikir panjang dahulu sebelum membuat/mengambil sesuatu tindakan/keputusan. Kenapa ?

Manusia mempunyai berbagai bentuk ragam. Sikap/perangai seseorang bebeza-beza antara satu sama lain. Antara sikap yang tidak baik ialah seperti pemarah, cepat naik angin, tiada sifat tolak ansur, tidak mahu berunding, tidak mahu mendengar/menerima pendapat orang lain, mengamuk, dan lain-lain lagi.

Orang Banjar selain dari terkenal ramainya  yang alim-ulama, terkenal juga ada mempunyai antara sifat-sifat yang kurang baik diatas. Arwah Hj. Ahmad Sadun digeruni oleh pihak musuh dan juga kawan. Beliau agak garang dan amat “strict” terhadap anak cucu nya.Tiada siapa anak cucunya yang berani apabila ditegur oleh beliau jika melakukan kesilapan atau perkara yang tidak baik. Sikap ini juga menurun kepada anak-cucu beliau.

Tetapi beliau amat baik dan menghormati customer dalam urusan bisness seharian. Ramai customer beliau yang rajin singgah di stesen Shell untuk berbual/bersembang-sembang. Acik ada mendengar cerita bahawa ada anak-anak nya yang menjaga Shell setelah beliau meninggal yang memarahi pelangan apabila sesuatu yang masalah/perkara timbul atau apabila customer melakukan kesilapan. Adakah ini salah satu sebab kenapa Shell jatoh ?

Arwah telah lama menyedari perumpamaan ” A customer is always right” dari dahulu lagi. Beliau amat menghormati dan melayan baik kepada para pelangan, walaupun terpaksa menghadapi berbagai karenah pelangan.

Jadi kita patut menjadikan pesanan arwah sebagai satu teladan dalam urusan harian. Jangan cepat mengambil tindakan yang terburu-buru. Fikir dahulu sebelum kita membuat sesuatu keputusan.

Wallahualam..

August 26, 2008 - Posted by | Bina Diri, Meeting

4 Comments »

  1. bagussss……
    bg. kepada kulaan sekalian…..
    pendekkn akal utk join kumas

    x pyh pikir panjang2……

    guarenteeee….

    galah akan panjang…..

    Comment by azam | August 26, 2008 | Reply

  2. Sebenarnya itulah kunci untuk maju dalam business,selain sikap *customer is always right*,kita juga harus punyai sikap CAT.(cekap.amanah.telus).Pasal galah tu kalau kita sambung sambung panjang akhirnya.Bro puchong ada idea pasal GALAH,simbolik juga kau IB.

    Comment by ALIAS OTHMAN | August 28, 2008 | Reply

  3. sorry AZAM,aku tulis IB,sebenarnya aku nak tilis nama kau.AZAM,bro puchong nak gi JB hari sabtu,tunggu aku,nanti kita meeting dengan ZAMIN.

    Comment by AO | August 28, 2008 | Reply

  4. salam…
    turun JB sabtu nie? confirm ke?

    Comment by dZ | August 28, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: