KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

Makan Tengahari Bersama MB. Perak

Acik tidak pernah pergi ke Muktamar Pas di Malaysia ni sebab selalunya ia diadakan di Kelantan/Terengganu. Jadi bila ia di adakan di Ipoh tu terbuka hati untuk pergi. Antara tujuannya ialah untuk berjumpa dengan rakan-rakan lama semasa di ITM (tahun 79-82) dan di US (’85 …). Gerakan/kumpulan Islam di ITM masa tersebut di kenali MI ( Markas Islam ) pro Abim/Pas. Di US ianya adalah MISNA (Malaysian Islamic Society of North Amerika) pro PAS.

Berjumpa juga ramai rakan-rakan lama. Mereka agak terkejut kenapa Acik tidak pernah ke Muktamar dan baru sekarang muncul. Acik menyatakan, acik kerja sendiri dan berniaga, tidak bolih menonjolkan diri dalam kumpulan pembangkang. Tetapi mereka menyatakan kita sekarang bukan lagi pembangkang, tetapi adalah pemerentah di Kelantan, Kedah dan Perak.

Antara yang berjaya ialah Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Kawan semasa di ITM. Beliau kini adalah wakil rakyat di Terengganu, AJK Pas Pusat, Lujnah Antarabangsa. Kedua ialah Che Abdullah Mat Nawi ADUN Wakaf Baru, Kelantan. Kini beliau adalah Exco Pertanian negeri Kelantan. (rakan semasa di US).

Acik sempat makan tengahari semeja bersama MB Perak apabila di pelawa oleh Dr. Syed Azman dan Ust. Misbahul Munir. Ust. Misbah orang Bagan Datoh adalah Setiausaha Politik kepada MB. Beliau terkejut bagaimana Acik mengenali Dr. Syed Azman. Telah menyerahkan proposal pembangunan Bagan Datoh kepada MB.

Pada waktu malamnya MB. Perak menjemput lebih 1000 orang perwakilan makan malam di kediaman beliau.

Sempat juga bertemu dengan Ust. Hadi Awang. Dalam tahun ’90 an, semasa Ust. Hadi datang ke US dalam program “Winter Gathering” , acik pernah membawa Ust. Hadi membeli komputer (laptop) di New York. Berjumpa juga dengan Ust. Abu Bakar Chik, AJK PAS Pusat yang pernah melarikan diri ke US semasa Operasi Lalang.

Ingin berjumpa dengan Hj. Subki Latif, penulis Harakah, sebab acik membawa beliau berjalan dan melawat pelajar-pelajar Malaysia semasa di US. Tetapi tak kesampaian, kerana beliau sibuk. Dalam tahun 1995 Hj. Subki Latif pernah datang ke Simpang 4, mengajak acik bekerja dengan Koperasi Kohilal, memasang/membuat komputer untuk di pasarkan kepada ahli Pas/Kohilal. Tetapi acik menolaknya dengan menyatakan banyak urusan dikampung yang perlu diselesaikan.

 

August 19, 2008 - Posted by | Organisasi | , , , ,

2 Comments »

  1. Adakah proposal tu dpt dikemukakan( jika ya, apa respons pihak pimpinan negeri) atau pada kali ini sebenarnya Acik Ajis nak break the ice dulu…

    Comment by ib | August 21, 2008 | Reply

  2. Cantek cik ajis terus kontek ngan geng2 lm. Psl smua 2 marketing. Yg penting jgn lost kontek.
    Lepas nie senang sket nak mohon tanah 2k ekar n sterusnya blh memajukan kumas. Keep on rooling acik ajis.

    Comment by Azam | August 22, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: