KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

Semua KULAAN boleh tulis

Blog ini semakin mendapat sambutan.  Alhamdulillah, syukur. Saya fikir elok jika dibuka kepada semua ahli KUMAS untuk menulis cerita(write a post) di laman ini.
Walaupun mungkin akan ada constraint dari segi web sizing/etc, itu boleh diuruskan kemudian, yang penting jika ahli KUMAS ada apa2 sahaja cerita/pemberitahuan/apasaja yang penting/menarik, maka di sini lah tempat nya.
Caranya, sila daftar sebagai USER,  rujuk   S  I  N  I   untuk kaedah daftar ahli dengan BLOGMAS.  Selepas itu, sila inform alamat emel yang digunakan untuk daftar dengan  UPDATE pada COMMENT dibawah.
Saya pada dasarnya tidak akan menyekat mana2 KULAAN untuk approve, tetapi blog ini tidak membenarkan AUTO-APPROVE, dimana setiap emel/new user perlu diapprove, sebelum boleh post cerita. Jadi, selepas register, dan inform saya alamat emel, saya akan approve.
So, contoh jika Acik Ajis post cerita, jadi nama Acik Ajis lah yg keluar, bukan nama KUMAS. Contohnya sekarang ni, dZ( zamin), banyak memberi komen yg pjg lebar, mungkin dZ ada banyak idea bernas untuk post menarik.
Apa-apa pun, apa saja cadangan sila inform, untuk kita bincang atas kebaikan bersama

August 14, 2008 - Posted by | Online Help

8 Comments »

  1. contoh:

    ********************************

    username: ib
    emel : ibrahim_81@yahoo.com

    *******************************

    Comment by ib | August 14, 2008 | Reply

  2. “Projek Membaiki Rumah Simpang 3”- Batu 24, Simpang Tiga, 36200 Selekoh, Perak.

    Comment by Eddy | August 14, 2008 | Reply

  3. Edi ada point yg bagus utk diketengahkan.

    Edi, kau register macam yg aku advice kat atas.
    Lepas tu, kau boleh paparkan cadangan projek ni.
    Kami pun nak tau motif/matlamat/etc pasal projek tu

    Comment by Ib | August 14, 2008 | Reply

  4. …sorry, semalam bukan sengaja nak jd moderator… tapi masuk sebab nak betulkan ejaan. entah mcm mana tertekan… & sejujurnya saya pun bukan reti sgt ttg blog ni. zaman blaja dulu tak ada benda2 gini.

    seperkara lagi, saya faham kekadang benda2 berat tak semua minat. yg saya tulis semalam semuanya terlintas on the spot. tak rancang terlebih dahulu.

    & sekali lagi saya sarankan andaikata kita dah cukup tenaga, kita buat satu cabang blog… yg membincangkan perkara2 yg kurang memeningkan kepala.
    Wallahu’alam.

    Comment by dZ | August 14, 2008 | Reply

  5. Aku open dan tak kisah. Lg pun bagus kalau ada kekurangan diperbetulkan.

    dZ: bagus juga cadangan kau. Bg cadangan nama blog baru tu(konsep santai & simple) utk kita2 je. Nanti kita registerkan xxxx.wordpress.com

    Comment by Ib | August 14, 2008 | Reply

  6. mungkin dlm tuh kita boley masukkan macam2… contohnya hobi; memancing, kereta, komik, memasak… apa2 je la. itu just cadangan.

    mungkin ada yg menentang, tapi saya ada sebab yg tersendiri.

    Comment by dZ | August 15, 2008 | Reply

  7. aku setuju cadangan zamin,kita buat satu lagi blog santai,paparkan tempat tempat menarik diseluruh malaysia yang kulaan kulaan pernah pergi.Baru santai beb……….

    Comment by AO | August 15, 2008 | Reply

  8. it’s me again… sebenarnya mmg mlm nie nak tido awal, sebab nak ke kebun pagi besok. tapi otak nie tak berenti-henti memikir. andaikata ada suis, pasti kan ku “off”kan kejap. masalahnya takde.

    memang diakui, kekadang kita selalu nampak benda2 jauh ( terutamanya la aku la! ho.. ho.. ho..). bila si eddy ckp yg rmh spg 3 perlu repair… rasanya kita patut buat sesuatu.

    sememangnya diakui yg majoriti kat sini makan gaji. aku yg meniaga pun… belum meletup lagi. nak donate… brape yg korang berani kasi? so aku nak cadangkan kita buat sesuatu yg boley janakan wang… tanpa perlu angkat punggung dari kerusi opis kita.

    rasanya semua tau yg blog boleh janakan duit. macam 2 akak nie, menjanakan pendapatan 4 angka drpd blog diorg. boley ke: http://www.5xmom.com/my-biggest-nuffnang-cheque-so-far/atau ke …redmummy.com/2008/07/08/birthday-card-and-nuffnang-cheque/. ini hanyalah beberapa contoh.

    aku tak le nak harapkan kita dapat mcm bro bob ( http://bob.my/ ) yg dpt jual blog dia ngan harga RM33k, rujuk : … http://www.mohdismail.net/blog/jual-blog-oh-blog-untuk-rm3347296/ . itu dah kira terlalu ideal. kita mula kecik2… kayuh pelan2 kata org.

    masa tengah baring tadik… aku pun terfikir la. memang nak maintain blog nie bukan senang. sebabnya 1 org nak memikir, nak edit… tulis bahasa yg org semua boley terima… masukkan data… semua2 la… payah!

    kejap… sikit penjelasan. kalau sesiapa yg tak faham mcm mana blog boleh buat duit? senang ceta mcm kita ada satu kedai runcit ataupun restoran la. andaikata kita dapat tarik ramai pelanggan, maka akan datang berbondong2 sykt luar nak letakkan poster atau banner kat kedai kita… utk promote barangan dia. dgn adanya poster/banner nie… kita dpt kutip duit sewa letak iklan. itu ganbaran lebih kurang la.

    back to the main topic, terlintas kat kepala buat satu forum. kita cari benda2 yg senang org terima. & kita sama2 boley jadi moderator.

    aku mmg minat linkin’ park. tapi… benda2 maksiat nie (ngaku la! hehhe..) kalo kita yg jadi otai… kang saham dosa kat akhirat banyak plak. lagipun kat m’sia nie dah ada gua.com… la nie dah ada murai.com . ttg pelaburan & business dah ada bicarajutawan.com. thus, yg paling senang… kita buat forum tentang hobi. rasanya tak ada lagi kat m’sia nie.

    memang akan ambil sedikit masa la…. sebelum ada company yg minat nak advertise kat forum nie. itu pun kalau forum kita meletup. unfortunately… it’s better die trying rather than do nothing.

    in conclution, kulaan kita conduct satu forum… tarik ramai2 org luar utk join forum nie. income kita, advertise kat dlm forum tuh. tak tau la… relevan ke tak? korang rasa…?? atau ada idea lain?

    p/s: frankly aku tak kisah kalo idea nie tak diterima langsung. cuma memandangkan aku tak berapa kaya lagi, aku tak boley nak kuarkan budget… misalnya utk nak repair ghumah spg 3. tapi, andaikata korang ada idea bernas utk jana wang (yg sah la… skim piramid ke, skim cpt kaya ke… aku 100% TAK SOKONG), idea yg tak ganggu perjalanan kehidupan seharian kita… aku akan sokong Insyaallah.

    Comment by dZ | August 15, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: