KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

Proposal Pembangunan Bagan Datoh & Persekitaran : Untuk MB Perak.

PROPOSAL/KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN/KEMUDAHAN

DI BAGAN DATOH, HUTAN MELINTANG & PULAU SEMBILAN,

HILIR PERAK.

 

PROJEK/PROGRAM/

PERKHIDMATAN

MATLAMAT/

OBJEKTIF

MANAFAAT

 1.

PERKHIDMATAN FERI

 

i)  Bagan Datoh-P. Sembilan-P.Pangkorii)  Bg. Datoh –Belawan, Indonesia

 

Sediakan perkidmatan pengangkutan bagi menyokong sektor pelancungan.Menyediakan perkhidmatan feri alternative dengan kadar tambang dan kos yang kompetatatif Penduduk tempatanKos lebih murahDapat menjimatkan masaMenyediakan peluang pekerjaan.Membangunkan Bgn Datoh

 2.

BAGAN DATOH WATERFRONT

 

Pesta Sukan Air(Setahun sekali) Memperkenalkan sukan air-rakyat.Menyokong industri yang sedia ada Jet ski, perahu laju, sukan  rakyat, lelayang.Sokong industri pelancongan

 

Pembinaan Geraineka Menyediakan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan.Memperkenalkan makanan tradisi bagi identity penduduk Bagan Datoh Perkenalkan soto, pecal, kraf tangan, ikan masin, udang kering.Merancakkan industri hiliran.Sediakan peluang perniagaan kpd peniaga tempatan.Menggalakkan industri pelancungan

 3.

PEMBANGUNAN PULAU SEMBILAN

 

i)   Kemudahan Asas ii)  Jetiiii) Kepelbagaian      Aktivitiiv) Memancing Menyediakan kemudahan asas seperti Chalet, surau, air bersih tanpa mencemar alam sekitar.Menyediakan jeti dengan mengambilkira alam sekitarMembolehkan aktiviti luar yang sesuai seperti camping, jungle tracking dsb.Memberi peluang kepada pelancong mengalami dan menikmati suasana pulau.

Meningkatkan kegiatan memancing di sekitar pulau.

Meningkatkan industri pelancungan.Menyediakan peluang pekerjaan kpd penduduk tempatan.Mendidik pelancung tentang kepentingan alam sekitar.

 

<!–[if !supportLists]–>i)         <!–[endif]–>Gerai makanii)     Hentian rehat &       rawat Memberi kemudahan asas terminal bas & teksi  kepada awam .kemudahan ‘one stop center’ kepada pengguna jalan rayaMenyediakan kemudahan asas lain seperti tandas, surau dan rehat/makan minum.Merancakkan pembangunan ekonomi pekan Spg Empat. Memberi kemudahan yang selesa kepada penduduk tempatan dan pengguna jalan raya.Menjadikan satu hentian alternative kepada pengguna jalan raya antara Kelang-Lumut-Teluk Intan-Ipoh.Menyediakan kemudahan “one stop center” kepada pengguna jalan raya.Satu lokasi yang strategik kepada pengguna tempatan dan pengguna jalan raya Kelang – Lumut.

 

5.

PEMBINAAN MINI STADIUM/DEWAN SERBAGUNA DI SIMPANG 4,HUTAN MELINTANG. Menyediakan tempat permainan / sukan / olahraga kegunaan penduduk setempat.Kegunaan pertandingan bola sepak daerah / liga dan pertandingan yg samaKegunaan MSSD Hilir Perak Menjalankan pelbagai aktiviti sukan.Menyediakan tempat bereadah terutama penduduk Hilir Perak

 

6.

BALAI BOMBA DI SIMPANG 4,HUTAN MELINTANG. Menyediakan khidmat     bomba untuk kepentingan masyarakat sekitar dan parlimen Bgn Datoh. Kedudukan strategikKemajuan setempat amat memerlukan sebuah balai bombaTeluk Intan dan Sabak Bernam jauh.

 

7.

MASJID BERINTERNETJALUR LEBARPERCUMA Memberi kemudahan IT kepada semua masyarakat sekitar masjid.Menjadikan masjid sebuah institusi yang berperanan.Pendidikan ITCelik IT Celik computer kepada semua pihak.Kemudahan internet kepada semua pihak, termasuk agensi kerajaan seperti sekolah, balai polis, balai penghulu, dsb.Merapatkan hubungan masyarakat dengan institusi masjid

August 14, 2008 - Posted by | Pembangunan | , ,

12 Comments »

  1. Assalamualaikum kulaan barataan…

    Insyaallah acik akan menghadiri Muktamar Pas, di Ipoh, esok, & lusa.
    Insyallah akan memberi cadangan kepada MB Perak untuk membangunkan Bagan Datoh, Hutan Melintang & Pulau Sembilan.
    Kulaan semua harap dapat beri komen tentang cadangan ini.

    Sorry setting dalam MS Word lari apabila masuk dalam Word Press. Ibrahim tolong betulkan setting.

    Wassalam

    Comment by aaa | August 14, 2008 | Reply

  2. Daerah Sabak Bernam:

    Sabak Bernam, Sg. Hj. Dorani, Bagan Nakhoda Omar ada
    Waterfront.

    Sabak Bernam, Sg. Besar & Sekincan ada balai Bomba.

    Sabak Bernam & Sg. Besar ada stadium.

    Kita di Hilir Perak…..

    Comment by aaa | August 14, 2008 | Reply

  3. Diharapkan acik ajes dapat mengutarakan permasalahan untuk membangunkan simpang empat yang lama ketinggalan,selamat bermuktamar dan berjaya.

    Comment by AO | August 14, 2008 | Reply

  4. tak tahulah contact nie sesuai atau tak… tapi member baik saya jadi pembantu peribadi exco, nama dia Ismad Shahril Che’ Mat (org kuala kangsar). andaikata acik ajis sukar mendekati MB, mungkin boleh guna member saya iaitu Ismad nie. Patutnya dia juga hadir kat muktamar di Ipoh tu. nanti saya sms no phone Ismad.

    Comment by dZ | August 14, 2008 | Reply

  5. Part 1

    hmm… tentang pembangunan sekitar2 bgn dato’. actually ini kerja2 perancang ekonomi. banyak penelitian serta kajian yg kena buat. sebenarnya… dari pandangan PERIBADI, saya tak berapa setuju andaikata kita fokus kepada industri perlancongan. kerana perlancongan bagi saya suatu industri yang memerlukan “dari luar masuk ke dalam”.

    begitu banyak faktor2 yang boleh mengganggu gugat industri perlancongan, seperti kenaikan harga minyak (utk pelancong dlm negara) dan perspektif politik (bagi pelancong luar negara). bagitu juga dgn persaingan dgn pusat2 perlancongan yang lain. suatu jumlah wang yang amat besar jika kita mahu buat suatu promosi yang betul2 efektif, bagi memperkenalkan kepada mata dunia. malah dari segi moral masyarakat pula, mungkin tak berapa bagus. sebagai contoh jika kita mahu memajukan industri pelancongan, khususnya tarik pelancong luar negara… kehadiran minuman keras semacam suatu yang mesti. buktinya kita dapat lihat di pusat2 peranginan terkemuka seperti pulau tioman, sipadan dll. nak educate pelancong kapiaq bukan senang. dan harap2 ini tidak berlaku dekat area2 bgn dato’.

    justeru saya nak lontarkan sikit pandangan, yang bagi saya suatu yang bersifat “dari dlm diproduk ke luar”. mungkin sedikit panjang dan boleh dikembangkan oleh kulaan semua.

    Comment by dZ | August 14, 2008 | Reply

  6. Part 2

    andaikata la saya jadi pemerintah negeri perak, saya akan bangunkan balik industri kelapa yg suatu masa dahulu sudah sinonim (synonymy) dgn area2 sana.
    kenapa saya berkata begitu:

    1. makanan: kelapa merupakan suatu yang mesti dlm hampir semua hidangan tradisional melayu.

    2. harga: kenapa kelapa, tak kelapa sawit? kerana kelapa sawit kadang-kala tak seimbang, sebagai contoh kita lihat minggu ini harga minyak kelapa sawit jatuh kerana jatuhnya harga komoditi minyak soya dan harga minyak yang lain.
    sekadar rujukan: http://www.theborneopost.com/?p=39029 atau http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/Industries/Commodities/WHYsell.xml/Article/
    apa yang saya nak sampaikan adalah harga kelapa yang stabil dan semakin mahal sekarang.

    3. sudut georgafi: tanaman lain seperti sawit, nanas, pisang, mempelam mungkin boleh hidup subur di daerah2 lain seperti daerah larut, hulu perak dan batang padang. tetapi tidak kepada tanaman kelapa.

    4. industri hiliran: kebolehan kelapa mengwujudkan industri hiliran… umpamanya nata de coco, kerisik, tempurung utk produk ubat nyamuk, minyak kelapa dara dan banyak lagi.

    5. pasaran: kekurangan kelapa terutamanya musim perayaan. kawan saya yang meniaga dekat pasar selayang selalu cerita tentang betapa banyaknya… bertongkang-tongkang bot yang bawa buah kelapa dari Indon.

    6. segi sejarah: seperti yang acik ajis ceritakan… atuk juga naik dgn mengusahakan tanaman kelapa.

    7. mungkin boleh wujudkan agro pelancongan. kalo dkt pontian ada muzium nanas, alor star ada muzium padi… bagan dato’ ada muzium kelapa ke? (maap la… kalo dah ada, lama tak balik! Hehhe…)

    8. faedah kepada kulaan: mungkin kita boleh wujudkan perniagaan kita. ada yang incharge utk penanaman, utk pasaran (yang bawak keluar ke KL dan tmpt2 lain) dan industri hiliran. kita juga boleh jadi peraih utk pekebun2 kecil area sana. justeru mana2 kulaan kita yang menganggur, kita boleh tarik utk bekerja dlm industri ini. malah di ladang kelapa juga, boleh buat intercrops seperti tanaman vanilla, ternakan ikan air tawar dan lain2.

    9. kita juga mungkin boleh wujudkan suatu company R&D… yang boleh jual hasil penyelidikan nanti (biotech field).
    banyak lagi la… spt buat kerjasama dgn mardi & IPTA tentang jentera2 yg boleh digunakan utk industri kelapa. & teknologi ini boleh dijual. macam2 boleh dibuat jika kita fokus dlm bidang ini.

    M’sia menduduki tempat ke-9 pengeluaran kelapa dunia selepas Vietnam. terus terang, mungkin cadangan saya ini sedikit tidak relevan (ataupun mungkin mengarut). malah utk melaksanakannya ia memakan masa yang panjang… mungkin bertahun2. namun saya memandang jauh akan industri kepala yang boleh dibangunkan secara mapan dan berdaya maju.
    Wallahu’alam.

    -dZ

    Comment by dZ | August 14, 2008 | Reply

  7. Part 3

    saya nak tambah sikit lagi, tak semestinya apa yang saya tulis tapi suatu yang bernas. mungkin kulaan yang lain ada idea yang jauh lagi bagus. pentingnya kita mencari satu “kunci atau formula” utk memajukan bagan dato’ adalah suatu yang penting… andaikata kita memang mahu memajukan area2 di sana.

    jika kita sudah jumpa “kunci” ini dan kita melaksanakannya… maka Insyaallah kita dapat melihat berlakunya pembangunan setempat, bertambahnya peluang2 pekerjaan. bangunnya ekonomi dan jumlah pekerjaan yang banyak. maka Insyaallah akan lebih ramai yang berminat utk menetap di situ. bila ramai yang menetap, kuasa beli akan naik. begitu juga dgn nilai hartanah. ketika itu Insyaallah infrastruktur dapat di tingkatkan sejajar dgn jumlah penduduk yang makin ramai. jgn terkejut, suatu hari nanti… bila anak2 murid area2 bagan dato’ pergi sekolah naik monorail ataupun komuter! …siapa tahu?

    Comment by dZ | August 14, 2008 | Reply

  8. tu projek besar la…..nak betul kan rumah atuk Simpang 3 pun pun tak betul lagi…..bincang2 la…..

    Comment by Eddy | August 14, 2008 | Reply

  9. mmg ada sikit besar la… tapi namanya pun PROPOSAL PEMBANGUNAN BAGAN DATO’ & PERSEKITARAN: UTK MB PERAK. so padan la…

    Comment by dZ | August 14, 2008 | Reply

  10. relax Bro eddy dan bro zamin,apapun aku suka sangat korang bagi pendapat dan cadangan,aku merasa terhibur dan lucu.

    Comment by AO | August 15, 2008 | Reply

  11. Nama pun proposal… apa yang terbentang di kepala yang agak2 boleh diterima akal boleh la dibentangkan.. berjaya atau tidak lain cerita.. tapi kalau cerita tu boleh diterima dgn bukti spt bentuk geografi dan support sokongan dari bahan2 yang sedia ada contohnya… hal ni tak la tenggelam.. kerajaan byk menyokong penghasilan setempat dari ambik tempat lain..Kalau boleh diguna pakai la…

    Comment by SUHAIMI | August 15, 2008 | Reply

  12. Kulaan kulaan yang lain mana?macam tak de rasa je nak bagi komen,apapun syabas Bro IB,DZ,EDY,SUHAIMI tak ketinggalan
    AO kerana memeriahkan BLOG ini.SYABAS

    Comment by AO | August 15, 2008 | Reply


Leave a reply to dZ Cancel reply