KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

Serba rinkas tentang sejarah Hj. Ahmad Sadun

Assalamualaikum kulaan sebarataan ( saudara mara/ adik beradik sekalian)….

Maaf, mungkin ramai yang ternanti-nanti cerita dari acik. Mungkin kebanyakan cerita yang di luahkan berkisar tentang orang lelaki. Iaitu bisness. Di harap kaum hawa yang lain juga bolih particapate dengan memberi pandangan dalam topik lain juga seperti sosial, agama, politik dan lain-lain lagi.

Latar belakang:

Beliau mahu menjadi guru sekolah dan bertanya dan meminta pendapat bapanya. Hj. Asmawi memberi pandangan,  sekiranya gaji kita satu hari RM1.00 dan gaji tersebut habis dibelanjakan, eloklah cari kerja lain. Ini yang menyebabkan beliau bekerja sendiri dan berniaga.

Dari seorang petani(pekebun kelapa), peniaga kedai runcit, pemborong kelapa (menyalai & mengering kelapa) sehinggalah beliau berjaya membuka stesen minyak Shell diSimpang Empat Hutan, Melintang

Mungkin anda terkejut, seandainya dikatakan beliau sebenarnya bukannya famaus sebab beliau adalah peniaga/usahawan sehingga berjaya membuka stesen minyak dan membina empayarnya.

Antara perkara yang menyebabkan beliau terkenal:

i)     Dikawasan Bagan Datoh tidak ramai anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti dan berjaya menjadi pegawai besar kerajaan dalam tahun 60’an. Beliau mempunyai 2 orang anak dalam tahun 60’an dan 70’an yang berjaya memasuki universiti dan menjadi ADO / SU Majlis Bandaran, Pengurus Bernas. Meraka ini juga berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke England. Dan seorang lagi pergi ke Amerika. Disamping beliau berjaya dalam bidang perniagaan beliau dkenali sebab anak-anaknya berjaya dalam bidang pelajaran dan pekerjaan.

ii)     Beliau juga dikenali sebab kuat berkebun kelapa dan mempunyai beberapa ekar ladang kelapa.

iii)    Beliau adalah “chief cook” pada khenduri kendara di sekitar Simpang Tiga, Bagan Datoh. Sehingga kini tiada orang yang boleh menandingi nasi minyak beliau.

iv)   Beliau juga mempunyai kebolihan dalam bidang agama seperti dalam bab “Kitab Tajul Muluk”. Pernah satu hari seorang alim dan imam datang kerumah bertanya kepada beliau tentang sesuatu masalah.

v)    Kebolihan beliau menggunakan sempua tanpa melihat alat tersebut hanya dengan mengadap buku kira-kira sahaja.

vi)   Sebelum hari raya puasa/haji beliau akan memasak dan membuat tapai pulut hijau (banjar). Bukan dibuat oleh atuk perempuan.

vii)   Selain kegemaran beliau memasak pada hari-hari tertentu di rumah, beliau juga mempunyai hobi berburu. Beliau rajin memburu rusa, pelandok, kijang, napoh, ayam hutan, burung punai, dan lain-lain lagi.

Cutup setakat ini, ianya akan di tambah dari masa ke semasa oleh anak-anak beliau yang lain seperti angah Alik (Uncle) dan angah Bahak.

Wassalam

August 10, 2008 - Posted by | Sejarah | , , , ,

3 Comments »

  1. Teringat saya satu blok politik matsamankati.blogspot…
    Ada beberapa posting nya menceritakan tentang kitab Tajul Muluk(sebab kalau ikut posting atas, Atuk Saadun dulu terrer bab ni…).

    Cuba refer beerapa artikel dari blog tersebut…
    matsamankati.blogspot.com/2008/07/mesyuarat-tergempar.html
    matsamankati.blogspot.com/2008/07/mesyuarat-tergempar-2.html
    matsamankati.blogspot.com/2008/07/ramalan-mahathir-mengikut-tajul-muluk.html

    Adakah:
    1. Tajul Muluk terhadap Melayu sama kesan/peranan seperti FengShui terhadap org Cina
    2. ada apa apa rahsia yg blh kita pelajari dr Tajul Muluk ni..??

    Comment by ib | August 10, 2008 | Reply

  2. nak tanya… tapai pulut hijau (banjar style) tak boleh dikomersialkan ke? mana tau… kot2 boleh jadi family’s business?

    just lontarkan idea… tak tau relevan ke tak.

    Comment by dZ | August 11, 2008 | Reply

  3. Assalam mualaikum pemilik page
    Sy ingin bertanya apakah keluarga hj saadun ini asal dr datoknya hj yusuf?
    Dan arwah hj asmawi ini ada saudara lelaki hj shamsuri hj bashuni hj muhamed dn seorg saudara pmpn?
    Klu tepat sudi lah hubungi sy

    Dr sepupu yg jauh

    Comment by Hafizah halim | August 23, 2016 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: