KUMAS : Pertubuhan Kulaan Hj Ahmad Saadun

Ikatan Persaudaraan dan Kebajikan Keturunan Hj Ahmad saadun

Pendekar/Panglima Banjar: (Rimbas, Jagau, Awang) & Kiyai Salleh

Masyarakat umum bercerita bahawa tambak Johor senget kerana dihentak oleh Sultan Johor. Apabila Sultan Johor bertanya kepada Engineer British yang membina tambak tersebut samada ianya cukup kuat, engineer tersebut menyatakan tambak tersebut adalah kuat. Tetapi apabila ianya dicuba (test) dihentak oleh Sultan Johor tambak tersebut dikatakan senget.

Menurut cerita arwah abah, orang yang sebenarnya menghentak tambak Johor sehingga senget ialah Panglima Sultan Johor bernama Rimbas.

Harap Fazmi/Suhaimi dapat meminta abah mereka (Abang Bahak) menulis bagaimana Rimbas datang ke Johor (Batu Pahat ?), bagaimana beliau berkokok, mengalahkan pendekar tempatan, menjadi Panglima/hulubalang istana, anak-cucunya yang datang ke Bagan Datuk (Matang Kunda) bernama Awang Jagau bertapa diatas pokok kayu ara.

Zamin kalau ada masa boleh check/reconfirm dengan orang Banjar Johor (Batu Pahat & Mersing)

September 8, 2008 - Posted by | Sejarah

11 Comments »

  1. yg saya tau, memang ada org banjar area ayer hitam-kluang (& mungkin kat bt pahat). tapi tak ada contact di sana.

    Comment by dZ | September 8, 2008 | Reply

  2. Hebat juga ye,orang banjar dulu-dulu boleh hentak tambak johor,siapa yang ada informasi lebih pasal cerita ni,tolong sambung,tapi nama lucu beb….

    Comment by AO | September 9, 2008 | Reply

  3. Pada pendapat saya, dgn tinggi ilmu silat dan kekuatan spt ini, sepatutnya diguna lwn British.
    Bkn sekadar utk puaskan hati pihak tertentu tanpa hasil konkrit.

    Comment by Ib | September 10, 2008 | Reply

  4. Sy pun xtau walaupun dah 4 thn kat johor. Tambak senget sy xtau tp yg sy tau kat bandar j.b ada sungai senget adela

    Comment by Azam | September 13, 2008 | Reply

  5. ..Tok Awang Jagau..siang dan malam dimunafaat sepenuhnya

    Comment by Awang Bengkok | January 7, 2011 | Reply

  6. siang mencari rezeki… malam mengajar silat, ilmu agama… bermunajat

    Comment by Awang Bengkok | January 7, 2011 | Reply

  7. Assalamualaikum kulaan seberataan…..aku keturan bnjr dri pt lahak b.pht

    Comment by hazrie | December 4, 2013 | Reply

    • Wksalam angahnyak..kulaan dari bagan sarai kerian perak. Badiam hajak

      Comment by anonymous | February 5, 2015 | Reply

  8. Assalamualaikum, Ya allah, terkejut saya membaca artikel ini. Rupanya ada yang tahu sejarah Rimbas, Jagau dan Kiyai Salleh. Boleh saya tahu siapa yang tulis artikel ini ? dengan berbesar hati saya ingin mengenali. Saya merupakan keturunan Rimas, Jagau dan Kiyai Salleh.

    Comment by Nur Hidayah Binti Saleh | June 20, 2018 | Reply

    • Panglima2 ni mmg cukup dikenali oleh masyarakat kat perak ni.. Lagi2 masa insiden Sg Manik…Kena cari pautan kisah2 panglima ni dari Selatan smpai ke Utara terutama kat Johor dan Perak.. Mungkin di Indonesia juga ada.

      Comment by Mohd Suhaimi Bin Baadin | January 6, 2019 | Reply

  9. saya ada keturunan jagau dan saya masih ada gambar jagau. jagau pernah menjaga cucu nya bernama khalijah dan khalijah adalah nenek saya iaitu ibu kepada emak saya. jagau adalah kawan karib kepada sultan johor.. dan sultan johir ada bagi sebelah baju istana kepada jagau, jikau jagau memerlukan bantuan bawa baju sebelah tu kepada sultan johor kerana separuh lagi disimpan olehh suktan johor. saya adalah buyut kepada jagau.

    Comment by Rabaatul Adawiyah | December 10, 2023 | Reply


Leave a reply to hazrie Cancel reply